Kami merancang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami pada kali ini di Langkawi.
Kami akan tinggal di Awana Porto Malai, Langkawi. (19 januari - 22 januari ). Kami berdoa agar semua perancangan kami berjalan dengan lancar. Insyaallah
Friday, December 28, 2007
Wednesday, December 19, 2007
Balik Kelantan - Raya Aidil Adha
Kami Bertolak Jam 11 pagi dari Opis Sapura@Mines melalui Jalan Grik, Perak. Jalan Gua Musang - Kuala Krai ditutup coz jalan Mendap di antara Kuala Krai dan Gua Musang. Jam 09.00 malam baru sampai kat kg banggol, gual ipoh.. penat giler.. 10 jam tu.
Sunday, December 16, 2007
Saturday, December 15, 2007
Trip To Cameron Highland 2007 (w Kesumba Super Friends)
Di Copy dari kesumba.blogspot.com
Family Day di Cameron Highland
Program Family Day Super Friend di Cameron Highland berjalan pada 15 dan 16 Disember 2007 seperti perancangan. Peserta bertolak pada jam 9.15 pagi setelah sesi bergambar dan bacaan doa selamat.Sembilan family di ketuai oleh En Rozi bin Mustaffa dan pembantu kanannya En Johari bin Zakaria (Joe) turut serta dalam program tersebut dengan jumlah peserta seramai 40 orang. Peserta menginap di Heritage Appartment di Tanah Rata, Cameron Highland.Antara acara yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah acara bertukar hadiah Super Friend, Tiru Aksi (kanak-kanak), Suami Peka, Berbalas Pantun antara Appartment dan Lawatan Sambil membeli Belah.Acara-acara dan program yang diatur cukup menarik dan relak bagi peserta. Ada permintaan di kalangan peserta agar lain kali ianya di adakan selama tiga hari dua malam. Ini berikutan ada di kalangan peserta tidak sempat membeli belah berikutan kesuntukan masa.Program pertama ini dirasakan cukup berjaya dan boleh dijadikan asas dalam merangka atau merancang program-program di masa akan datang.Peserta bertolak balik ke Kesumba pada jam 1 15 petang selepas sesi bergambar dan singgah sebentar di Ladang Tea Bharat Cameron Highland. Peserta terus menuju ke rumah En Nordin kerana menunaikan jemputan kenduri di Kesumba 3A/7 (Terima kasih.. Sememangnya kami sedang lapar).Semua peserta selamat kembali ke rumah masing-masing tanpa sebarang musibah atau sesuatu yang tidak diingini. Alhamdulillah.

Saturday, November 17, 2007
Tuesday, October 16, 2007
Friday, September 14, 2007
Sunday, August 19, 2007
Wednesday, July 4, 2007
Friday, April 6, 2007
Tuesday, March 27, 2007
UMRAH (25 March 2007 - 6 April 2007)
Subscribe to:
Posts (Atom)